Tarikh Terakhir Diubah Suai: 16 March 2022
Terma dan Syarat ini (“Terma”) merupakan terma antara Pengguna Portal (“anda”) dan Koperasi Pembangunan Baitulmal Sabah Berhad (“PKB”, “kami”) bagi penggunaan Portal Pelanggan. Dalam menggunakan Portal kami, anda dinasihatkan supaya membaca Terma dan Syarat ini dengan cermat kerana ia memberi kesan terhadap hak dan liabiliti anda di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, anda tidak seharusnya menggunakan Portal ini.
Istilah berikut mempunyai maksud seperti yang berikut:
Terma dan Syarat ini bertujuan untuk memudahkan dan tidak sama-sekali menjejaskan tafsiran, dan melainkan jika konteks menghendaki sebaliknya:
Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan membela dan melindungi Kami daripada semua tuntutan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang bersifat apa pun (termasuk kos atas semua indemniti) yang mungkin dikenakan atau yang mungkin diberikan kepada Kami dan yang timbul daripada penggunaan Portal oleh pihak anda atau daripada apa-apa pelanggaran waranti atau representasi yang diberikan oleh anda dalam Terma dan Syarat ini. Indemniti ini tidak tertakluk kepada apa-apa batasan liabiliti dan termasuk tanpa batasan, kos dan perbelanjaan termasuklah fi profesional yang ditanggung dalam bertindak balas terhadap menangani tuntutan yang dibuat tanpa mengira sama ada prosiding telah dimulakan.
Notis Perlindungan Data Peribadi ini (dirujuk sebagai “Notis”) dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan bagi tujuan Notis ini, “Data Peribadi” membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta.
Notis ini dikuatkuasakan kepada orang yang berkaitan dengan Akta dan bertujuan untuk memberitahu bagaimana Data Peribadi anda dikawal, diproses dan/atau diguna oleh PKB.
Untuk tujuan Notis ini, “Data Peribadi” termasuk data yang telah dikumpul dan yang akan dikumpul sebelum dan selepas pengeluaran Notis ini.
Koperasi Pembangunan Baitulmal Sabah Berhad (dirujuk sebagai “PKB”) komited untuk melindungi data peribadi dan mengambil kira hak anda dalam pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data peribadi anda. PKB sentiasa memberikan keutamaan tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan perlindungan data peribadi anda. Data peribadi anda dikumpul secara terus daripada maklumat dan/atau dokumen/borang yang telah diberikan kepada PKB, daripada pihak ketiga atau platform dalam talian. Jenis data peribadi yang PKB ambil adalah termasuk tetapi tidak terbatas kepada maklumat perhubungan, maklumat latar belakang, data kewangan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan gadaian anda di PKB. Maklumat peribadi anda juga mungkin PKB perolehi dari sumber-sumber lain termasuk tetapi tidak terhad dari mana-mana pihak seperti badan kawal selia, mana-mana agensi rujukan kredit, agensi pencegahan penipuan dan rujukan jenayah kewangan, majikan anda, penjamin atau pembekal cagaran anda dan sumber-sumber lain di mana PKB mempunyai akses.
Maklumat peribadi anda diproses oleh PKB bagi tujuan berikut (“Tujuan”) :-
Data peribadi anda boleh didedahkan oleh Syarikat kepada pihak yang berkaitan ;
PKB akan menyimpan data peribadi anda selama mana perlu bagi PKB :
PKB komited dalam memastikan keselamatan data peribadi anda. Bagi mengelak akses tanpa kebenaran, PKB sudah melaksanakan kaedah pencegahan fizikal, elektronik dan prosedur pengesahan yang bersesuaian bagi melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan/atau daripada sumber lain.
Untuk memastikan bahawa data peribadi anda dalam penyimpanan PKB adalah tepat dan terkini, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada PKB dengan kadar segera sekiranya berlaku apa-apa ketidaktepatan atau apa-apa perubahan kepada data peribadi anda. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila hubungi PKB. PKB juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda.
PKB hanya akan menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh PKB menyediakan perkhidmatan kepada anda, memenuhi keperluan peraturan dan perundangan, dan memenuhi keperluan dalaman PKB. Jika data anda tidak lagi memenuhi mana-mana keperluan di atas, PKB akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal data peribadi anda.
Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, permintaan atau mengemaskini data peribadi anda, menghapuskan maklumat peribadi anda atau menghadkan pemprosesan butir-butir peribadi anda, anda boleh menghubungi PKB sepertimana di bawah :-
.